Monday, June 8, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Bagi kes di Malaysia, lihat Pandemik COVID-19 di Malaysia.
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020
Sebahagian daripada Pandemik COVID-19 di Malaysia
Ops Covid19 Tentera Mula Operasi Bantu Pdrm Di Shah Alam.png
Pemeriksaan Polis ketika Perintah Kawalan Pergerakan di Shah AlamSelangor pada 22 Mac 2020
Maklumat am
Tarikh18 Mac 2020 - 31 Ogos 2020 (Tentatif)
(5 bulan dan 13 hari)
Fasa 1 :
18 Mac - 31 Mac 2020
Fasa 2 :
1 April - 14 April 2020
Fasa 3 :
15 April - 28 April 2020
Fasa 4 :
29 April - 12 Mei 2020
Fasa 5 (PKPB) :
13 Mei - 9 Jun 2020
Fasa 6 (PKPP) :
10 Jun - 31 Ogos 2020
LokasiMalaysia
PuncaPandemik COVID-19 di Malaysia
MatlamatMengasingkan dan mengekang sumber wabak koronavirus
Kaedah
  • Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
  • Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
  • Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
  • Penutupan semua insititusi pendidikan.
  • Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
StatusSedang berlaku
  • Rakyat Malaysia dihalang meninggalkan negara ini dan sekatan kemasukan bukan rakyat Malaysia ke Malaysia. Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara harus menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari dan menjalani pemeriksaan kesihatan.
HasilSekatan terhadap rakyat Malaysia dan warga Singapura yang tinggal di Malaysia
Korban
Ditangkap24,081 (Setakat 3 Mei 2020)[1]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
 
 Portal Malaysia
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan persekutuanMalaysia terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19) pada 16 Mac 2020, oleh itu "kawalan gerakan" dilaksanakan di seluruh negara.[2] Kejadian itu sering dirujuk oleh sesetengah pihak media sama ada beberapa media tempatan mahupun media antarabangsa sebagai "Kuarantin Malaysia".[3][4][5][6]

Kronologi[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Mac 2020 jam 10 malam waktu Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan secara langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.[7]
Maklumat Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac 2020 - 31 Mac 2020
#Keterangan
1Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam untuk penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.[8]
2Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.[8]
3Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.[8]
4Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.[8]
5Penutupan kesemua institusi pendidikan tinggi awam dan swasta (IPT) serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.[8]
6Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting kepada negara iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.[8]
Berkuat kuasa pada 18 Mac, Malaysia secara rasmi melaksanakan langkah kawalan pergerakan. Pada 25 Mac, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui siaran langsung kebangsaan mengumumkan bahawa perintah kawalan itu dilanjutkan sehingga 14 April.[9][10] Walau bagaimanapun, terdapat pertimbangan kawalan pergerakan lebih lanjut sehingga akhir April atau Mei kerana jumlah kes di Malaysia dijangka meningkat pada pertengahan April, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).[11][12] Pada 8 April, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu kementerian kesihatan sedang mengadakan perbincangan dengan kabinet negara mengenai kemungkinan lanjutan PKP, dengan keputusan empoh PKP yang diumumkan tidak lewat daripada hari Jumaat.[13][14]

Kronologi COVID-19 di Malaysia

Microscopic illustration of the spreading 2019 corona virus that was discovered in Wuhan, China. The image is an artisic but scientific interpretation, with all relevant surface details of this particular virus in place, including Spike Glycoproteins, Hemagglutinin-esterase, E- and M-Proteins and Envelope.


KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.



23 Januari


Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV).

- KKM sahkan kes di Sabah negatif.

24 Januari

KKM maklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.

25 Januari

-Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.

- KKM nasihatkan jangan melancong ke China jika tiada keperluan.

26 Januari

-KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara.

27 Januari

-KKM mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Popular Posts

Iklan SKPSP

Blog Archive