Thursday, August 8, 2019

Sambutan Hari Raya Puasa, Hari Guru dan Program Bertemu Waris 2019

Tayangan video nyanyian murid-murid mendendangkan lagu hari raya.

Rakaman video semasa murid-murid menyanyikan lagu hari guru.





Thursday, August 1, 2019

Program 'Jom Bersama Bomba' dan 'Penyerahan Duit KWAPM'


Paparan video mengenai demonstrasi memadam api oleh pegawai-pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sg Siput (U).
 Program ' Jom Bersama Bomba' ini telah dianjurkan oleh JK Keselamatan Sekolah yang diketuai oleh En Zakuan b Mohammad dengan kerjasama pihak Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput (U) pada 31 Julai 2019 bermula 10.30 pagi. Balai Bomba dan Penyelamat Sg Siput (U) telah menghantar dua orang pegawainya yang diketuai oleh En Jeffrey bin Abdullah selaku Pegawai Operasi Bomba Sg Siput.


'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Selepas selesai Program Jom Bersama Bomba, satu lagi program yang juga penting untuk dijalankan ialah program penyerahan bantuan KWAPM kepada para ibu bapa serta penjaga murid-murid di sekolah ini. Para ibu bapa serta penjaga yang terlibat telah hadir lebih awal bagi menyertai program sebelumnya dan seterusnya Tuan Guru Besar, En Atan @ Mohd Fadzli b Mansor terlebih dahulu memberi taklimat tentang penyerahan bantuan KWAPM tersebut sebelum ibu bapa/penjaga berjumpa guru-guru kelas bagi mendapatkan wang bantuan tersebut.




Tuesday, July 30, 2019

Jangan cetus api perselisihan - Titah Agong


AL-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima Tabik Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormat pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 di Istana Negara hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Turut kelihatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail -BERNAMA


30 Julai 2019 11:57 AM

KUALA LUMPUR 30 Julai - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua pihak agar jangan sekali-kali mencetuskan api perselisihan dengan membangkitkan perkara yang boleh menggugat dan meruntuh keharmonian negara.

#AgongKita: Istiadat Pertabalan YDP Agong jadi tumpuan

Rata-rata rakyat di seluruh negara ternanti-nanti hari bersejarah itu yang akan menyaksikan Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menaiki takhta negara. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Hari ini, Malaysia sekali lagi akan menjadi tumpuan rakyat dan masyarakat luar negara apabila berlangsungnya Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Monday, July 29, 2019

Pencapaian positif PPPM perlu diteruskan



Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
mohd_iskandar@bh.com.my
KONGSI ARTIKELShare Tweet Share

KUALA LUMPUR: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 akan kekal relevan dan menjadi panduan dalam menambah baik sistem pendidikan negara.

Sunday, July 28, 2019

YB DR MASZLEE: KERAJAAN AMBIL LANGKAH BAIKI PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN


YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia berkata, pihak kerajaan telah mula mengambil langkah ke arah memperbaiki pendekatan dalam pendidikan bagi menyediakan generasi yang memenuhi nilai-nilai masyarakat alaf baru berorientasikan teknologi dan berteraskan manusia iaitu Masyarakat 5.0.

Pentadbir Sekolah 2019


Friday, July 26, 2019

Gambaran Pertama



Gambaran pintu masuk utama ke Sekolah Kebangsaan Pos Sungai Pelantok.

Sekolah Kebangsaan Pos Sungai Pelantok atau nama ringkasnya SK Pos Sungai Pelantok, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Ulu Kuang Sungai Siput (U).
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pos Sungai Pelantok memiliki 37 pelajar lelaki dan 41 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 78 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009


Popular Posts

Iklan SKPSP

Blog Archive